Sesungguhnya permainan ini semua adalah merupakan sejenis pemujaan. Jangan bermain permainan ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan bahaya. Sebaiknya bahan bacaan ini digunakan untuk menambah ilmu sahaja. Sesungguhnya pemujaan adalah syirik, dan syirik adalah berdosa besar kerana menyekutukan tuhan.
1. Spirit of The Coin/ Ouija Board
Level: Sangat berisiko tinggi.
Spirit of the coin atau lebih dikenali dengan Papan Ouija di barat dan juga dikenali sebagai papan semangat, adalah papan yang mempunyai huruf abjad dari A-Z, nombor 0-9, perkataan "YES", "NO", "HOME", dan "GOOD BYE ". Ia adalah tanda dagangan berdaftar Hasbro Inc sejak 1991. Yes, Hasbro. Syarikat yang sama buat permainan budak-budak tu, ataupon board game.
Bahan: Papan Ouija, duit syiling atau apa-apa yang boleh dijadikan sebagai penunjuk, sebatang lilin (kalau korang perlukan sedikit cahaya, gelap sangat nanti tak nampak pulak kan).
Cara bermain:
Permainan bermula dengan mantera (konon-konon la kan) yang dibaca untuk memanggil roh seperti ini:
"spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us".
Pastikan rakan-rakan anda dalam keadaan senyap semasa bermain permainan ini. Ini kerana roh atau hantu takot nak datang kalau bising, dah macam kat club or funfair lak. Baca mantera sehingga kedatangan roh dapat dirasai. Selepas membaca mantera, pemain bolehlah bertanya kepada roh atau spirit soalan-soalan yang hendak ditanya. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan seperti tanya result nombor ekor dan sebagainya, yang tu pak belalang je yang tau. Jangan bertanya soalan seperti "Nak masuk rumah?", "Nak berkawan dengan saya?", ini kerana dikhuatiri roh akan mengikut atau menghantui pemain. Sekiranya sudah selesai bermain, pastikan roh atau spirit dihantar pulang semula. Sekiranya tidak, mainlah sehingga roh atau spirit tadi jemu dengan korang dan nak balik iaitu dipetak "GOODBYE". Kalau tak nak balik jugak, mainlah korang sampai lebam, sape suruh korang menggatal nak main sangat kan.Hahaha.
Penjelasan: Ouija board adalah sejenis pemujaan atau cara untuk berkomunikasi dengan roh. Ia dikatakan berasal dari China semasa Dinasti Song yang digunakan untuk menghubungi orang yang telah mati ataupon roh.
Peringatan: Risiko permainan ini amat tinggi dan dinasihatkan jangan mencuba permainan ini. Bagi yang beragama Islam, permainan ini merupakan pemujaan jadi ia adalah syirik dan syirik pula hukumnya berdosa.
2. Simpang Jalan
Level risiko: Sederhana tinggi
Bahan:
Sebuah sisir dan sesuatu untuk menutupi muka anda,
tuala ke, baju ke, buku, beg, beg plastic, apa-apa je yang pentingnya boleh
menutup muka. Permainan ini boleh dimainkan sendiri atau ramai-ramai.
Cara bermain:
Pada tengah malam, berdiri di sebuah persimpangan jalan yang
sepi, kalau boleh bukan ditengah bandar, jangan di persimpangan yang sesak atau
sibuk, jangan di selekoh tempat polis buat sekatan jalan. Silap-silap polis
tangkap lak suspek perompak.
Buat bunyi dengan cara menggesekkan jari anda ke bahagian
sisir yang untuk menyisir (bukan pemegang) dan ucapkan tiga kali:
"Tsuji-ura, tsuji-ura, grant me a true response."
Tunggu sampai ada orang menghampiri. Orang yang menghampiri
perlu seseorang yang anda tidak kenal. Kalau anda lihat ada orang menghampiri,
tutup muka anda dan teman-teman anda. Lalu tanyalah pada orang itu siapa dia.
Kalau dia tidak menjawab, anda harus tunggu hingga ada orang lain yang
menghampiri dan menjawab anda.
Penjelasan:
Permainan ini berasal dari Jepun. Dimainkan untuk meramal nasib atau meminta petunjuk untuk nasib yang baik.
3. Demon's Face (Wajah Syaitan)
Level risiko: Sangat berisiko tinggi
Bahan:
12 lilin berwarna hitam. Kalau ada jam loceng antik
yang berbunyi setiap jam di rumah lebih bagus.
Cara bermain:
Masuk ke dalam bilik mandi yang ada cermin, beberapa saat
sebelum tengah malam. Matikan lampu. Nyalakan lilin hitam di depan cermin, dan
berdiri menghadap cermin. Tutup mata anda. Tepat jam 12 malam, atau ketika jam loceng
berbunyi menandakan pukul 12 malam, buka
mata anda. Anda akan melihat wajah syaitan di dalam cermin.
Penjelasan:
Permainan ini berasal dari Sepanyol.
4. Channeling The Ghost/Spirit
Level Risiko: Sangat berisiko
Bahan:
Daun kad (poker card), lilin, garam.
Cara bermain:
Pilih satu bilik gelap dan buat bulatan menggunakan garam atau batu. Duduk ditengah-tengah bulatan tersebut. Dipercayai oleh orang barat dapat melindungi diri dari tenaga negatif yang mungkin mengganggu semasa permainan dimainkan. Nyalakan lilin dan letak ditengah-tengah bulatan, berhadapan dengan korang. Lebih banyak lilin lebih bagus kerana dipercayai oleh orang barat dapat memanggil atau menarik perhatian roh dengan mudah. Percikkan atau taburkan sedikit garam ke atas lilin ataupon ke atas kad. Kocok kad dan ambil empat keping kad dan terbalikan kad. So tak tau la kad tu ade bentuk ape kan. Tanya soalan yang boleh dijawab dengan "ya","tidak","mungkin" atau "tak tahu". Selesai bertanya, angkat sekeping kad daripada empat keping yang anda tutup tadi. Kalau dapat "Hearts" = ya, "Spades" = tidak, "Diamonds" = mungkin, dan "Clubs" = tak tahu. Sekiranya jawapan anda dapat kerap "Diamonds" atau "Clubs", cuba bertanya soalan lebih spesifik. Sebaliknya jika jawapan anda "Spades", matikan lilin dan hentikan permainan.
Penjelasan: Berasal dari orang-orang Rom dan Greek.
Jadi kalau begitu,bagaimana nak tamatkan permainan "Simpang Jalan","(Demon's Face)Wajah Syaitan" dan "Channeling The Ghost/Spirit"???
ReplyDeletemcm mana nk hentikn permainan
Deletesaya telah mencoba permainan ini dan sampai sekarang saya merasa diikuti oleh seeorang dan telah ditelusuri dan diamati ternyata seseorang tersebut adalah body guard saya. akhir yang bahagia :D
ReplyDeleteMACAM BEST JER......
ReplyDeleteShirik
ReplyDeletePlzzzz...untuk PERINGATAN ANDA SEMUA...tling jngan main PAPAN OUIJA..sy dh kwan sy dh cube..kwan sy meninggal dunia disebabkan petmainan ini..setelah kwan kami meninggal yg digelar Syamir..kami sering diganggu makhluk halus n roh2 jahat mengjar kami..sampai kan kami cedera..kami menyesal kami bertaubat tdak mahu main game ini lagi..ini kali pertama sy bermain n ia satu pngajaran buat kami sehingga hilang seorang rakan sekelas kami..hopr kotang jngan main bnde ni ok..tq..
ReplyDeleteBoleh jelaskan bagaimana kawan anda meninggal yang disebabkan permainan ini apa punca??
Delete