Monday, 18 March 2013

Permainan Memanggil Roh

Sesungguhnya permainan ini semua adalah merupakan sejenis pemujaan. Jangan bermain permainan ini kerana dikhuatiri akan mendatangkan bahaya. Sebaiknya bahan bacaan ini digunakan untuk menambah ilmu sahaja. Sesungguhnya pemujaan adalah syirik, dan syirik adalah berdosa besar kerana menyekutukan tuhan.



1. Spirit of The Coin/ Ouija Board 

Level: Sangat berisiko tinggi.

Spirit of the coin atau lebih dikenali dengan Papan Ouija di barat dan juga dikenali sebagai papan semangat, adalah papan yang mempunyai huruf abjad dari A-Z, nombor 0-9, perkataan "YES", "NO", "HOME", dan "GOOD BYE ". Ia adalah tanda dagangan berdaftar Hasbro Inc sejak 1991. Yes, Hasbro. Syarikat yang sama buat permainan budak-budak tu, ataupon board game.

Bahan: Papan Ouija, duit syiling atau apa-apa yang boleh dijadikan sebagai penunjuk, sebatang lilin (kalau korang perlukan sedikit cahaya, gelap sangat nanti tak nampak pulak kan).

Cara bermain:

Permainan bermula dengan mantera (konon-konon la kan) yang dibaca untuk memanggil roh seperti ini:

"spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us".
Pastikan rakan-rakan anda dalam keadaan senyap semasa bermain permainan ini. Ini kerana roh atau hantu takot nak datang kalau bising, dah macam kat club or funfair lak. Baca mantera sehingga kedatangan roh dapat dirasai. Selepas membaca mantera, pemain bolehlah bertanya kepada roh atau spirit soalan-soalan yang hendak ditanya. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan seperti tanya result nombor ekor dan sebagainya, yang tu pak belalang je yang tau. Jangan bertanya soalan seperti "Nak masuk rumah?", "Nak berkawan dengan saya?", ini kerana dikhuatiri roh akan mengikut atau menghantui pemain. Sekiranya sudah selesai bermain, pastikan roh atau spirit dihantar pulang semula. Sekiranya tidak, mainlah sehingga roh atau spirit tadi jemu dengan korang dan nak balik iaitu dipetak "GOODBYE". Kalau tak nak balik jugak, mainlah korang sampai lebam, sape suruh korang menggatal nak main sangat kan.Hahaha.

Penjelasan: Ouija board adalah sejenis pemujaan atau cara untuk berkomunikasi dengan roh. Ia dikatakan berasal dari China semasa Dinasti Song yang digunakan untuk menghubungi orang yang telah mati ataupon roh. 

Peringatan: Risiko permainan ini amat tinggi dan dinasihatkan jangan mencuba permainan ini. Bagi yang beragama Islam, permainan ini merupakan pemujaan jadi ia adalah syirik dan syirik pula hukumnya berdosa. 


2. Simpang Jalan


Level risiko: Sederhana tinggi

Bahan:
Sebuah sisir dan sesuatu untuk menutupi muka anda, tuala ke, baju ke, buku, beg, beg plastic, apa-apa je yang pentingnya boleh menutup muka. Permainan ini boleh dimainkan sendiri atau ramai-ramai.

Cara bermain:
Pada tengah malam, berdiri di sebuah persimpangan jalan yang sepi, kalau boleh bukan ditengah bandar, jangan di persimpangan yang sesak atau sibuk, jangan di selekoh tempat polis buat sekatan jalan. Silap-silap polis tangkap lak suspek perompak.
Buat bunyi dengan cara menggesekkan jari anda ke bahagian sisir yang untuk menyisir (bukan pemegang) dan ucapkan tiga kali:
 "Tsuji-ura, tsuji-ura, grant me a true response."
Tunggu sampai ada orang menghampiri. Orang yang menghampiri perlu seseorang yang anda tidak kenal. Kalau anda lihat ada orang menghampiri, tutup muka anda dan teman-teman anda. Lalu tanyalah pada orang itu siapa dia. Kalau dia tidak menjawab, anda harus tunggu hingga ada orang lain yang menghampiri dan menjawab anda.

Penjelasan: 
Permainan ini berasal dari Jepun. Dimainkan untuk meramal nasib atau meminta petunjuk untuk nasib yang baik. 



3. Demon's Face (Wajah Syaitan)

Level risiko: Sangat berisiko tinggi

Bahan: 
12 lilin berwarna hitam. Kalau ada jam loceng antik yang berbunyi setiap jam di rumah lebih bagus.

Cara bermain:
Masuk ke dalam bilik mandi yang ada cermin, beberapa saat sebelum tengah malam. Matikan lampu. Nyalakan lilin hitam di depan cermin, dan berdiri menghadap cermin. Tutup mata anda. Tepat jam 12 malam, atau ketika jam loceng berbunyi menandakan pukul  12 malam, buka mata anda. Anda akan melihat wajah syaitan di dalam cermin.

Penjelasan: 
Permainan ini berasal dari Sepanyol. 


4. Channeling The Ghost/Spirit

Level Risiko: Sangat berisiko

Bahan:
Daun kad (poker card), lilin, garam.

Cara bermain:
Pilih satu bilik gelap dan buat bulatan menggunakan garam atau batu. Duduk ditengah-tengah bulatan tersebut. Dipercayai oleh orang barat dapat melindungi diri dari tenaga negatif yang mungkin mengganggu semasa permainan dimainkan. Nyalakan lilin dan letak ditengah-tengah bulatan, berhadapan dengan korang. Lebih banyak lilin lebih bagus kerana dipercayai oleh orang barat dapat memanggil atau menarik perhatian roh dengan mudah. Percikkan atau taburkan sedikit garam ke atas lilin ataupon ke atas kad. Kocok kad dan ambil empat keping kad dan terbalikan kad. So tak tau la kad tu ade bentuk ape kan. Tanya soalan yang boleh dijawab dengan "ya","tidak","mungkin" atau "tak tahu". Selesai bertanya, angkat sekeping kad daripada empat keping yang anda tutup tadi. Kalau dapat "Hearts" = ya, "Spades" = tidak, "Diamonds" = mungkin, dan "Clubs" = tak tahu. Sekiranya jawapan anda dapat kerap "Diamonds" atau "Clubs", cuba bertanya soalan lebih spesifik. Sebaliknya jika jawapan anda "Spades", matikan lilin dan hentikan permainan.

Penjelasan: Berasal dari orang-orang Rom dan Greek.


Saturday, 16 March 2013

Pengalaman 01: Penjaga Appartment

Gambar sekadar hiasan


Cerita ni pengalaman aku sendiri, sebenarnya dah agak lama. Kali pertama aku pergi ke Pulau Langkawi bersama keluarga. Memang seronok masa tu, sebab masa kitorang sampai ke sana, kebetulan LIMA ataupon Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition sedang berlangsung.  Bagi yang tak tahu LIMA tu apa, ianya pertunjukkan pesawat-pesawat dan kapal laut antarabangsa.Jadi paham-paham la kan, banyak hotel, chalet dan rumah penginapan dah sold out macam pisang goreng panas. Malam pertama kat sana kitorang kena tipu dengan "ulat". Tidur kat bilik sempit, dapat 4 bilik je. Orang ramai lak kan, memang tak selesa. Hari kedua kitorang cari tempat lain, Alhamdulillah kitorang jumpa sebuah appartment untuk disewa. 

Appartment ni memang selesa la. Tapi yang aku pelik, kenapa tak ada orang duduk or sewa kat situ. Mungkin baru check out kot. Ok takpe, mungkin dah rezeki kitorang dapat appartment tu. Siang hari tak ada ape yang mencurigakan kat rumah tu. Tapi menjelang malam, aku orang pertama yang rasa curiga. Apa taknya, sedang aku dengan abang dan ayah menonton bola sepak, EPL kat tv, aku dengar ada orang tekan loceng. Masa tu dah lebih pukul 12 malam. Aku pun cakap kat abang, "Ada orang kat luar tekan loceng, pegi la buka pintu". Tapi abang aku buat muka selamba dan dia cakap tak ada pon dengar ade bunyi loceng. Aik, biar betul. Aku dengar bunyik loceng tu skali lagi. "Haaa..Dengar tak?Ade orang la kat luar, tuan rumah datang kot nak bagi bantal." Sekali lagi abang dan ayah buat selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dah semua orang tak nak tengok siapa yang datang, aku pun bangun pergi buka pintu. Bila aku buka pintu tu, tak ada sorang pon depan pintu. Puas aku cari merata tapi memang tak ada orang. Yang paling best, aku tengok loceng tu dah rosak. Siap terkeluar lagi wayar loceng tu, tempat nk tekan loceng tu pon dah tak ada, dah jahanam. Kalau dah rosak, macam mana boleh bunyi? Bunyi apa yang aku dengar tadi?Aku tutup pintu dan terus sambung tengok EPL macam tak ada apa-apa yang berlaku. Habis je EPL, masing-masing tidur bilik, kecuali aku dengan abang, kitorang tidur kat sofa ruang tamu. 

Malam tu masa tidur aku tak diganggu apa-apa, tapi lain ceritanya dengan mak, kakak dan ayah aku. Keesokkan paginya, bermula la cerita masing-masing. Mak aku bangun nak kencing malam tu, tapi kat dalam toilet ade orang tengah buang air. Dengar bunyi air macam orang tadah air dalam baldi. Mak aku tolak pintu tu, tapi berkunci. Bila dah lama sangat tunggu, dah tak tahan, mak aku nak ketuk pintu bilik air tu. Bila ketuk, boleh pulak buka pintu ni, tak kunci pulak. Tapi tak ada sesiapa pun dalam bilik air tu. Lepas buat ape yang dihajatkan, mak aku tidur semula. Kisah yang sama berlaku pada kakak aku. Dia terdengar ada orang mandi di dalam bilik master bedroom. Tapi yang peliknya, suami dia tak dengar apa-apa pun. Ayah aku pulak dapat mimpi. Katanya dalam mimpi tu ade seorang budak lelaki sedang bermain didalam rumah. Budak lelaki tu ditemani oleh ibunya. Mereka berdua berpakaian serba putih dan si ibu tadi bertudung putih. Si ibu meminta maaf kepada ayah aku kerana anaknya yang nakal suka bermain-main dalam rumah. Seram tak? Pagi tu aku pun cakap kat keluarga aku semua apa yang aku dengar malam tu, bunyi loceng yang sebelum ni tak ada sorang pun percaya. Lepas tu kitorang pun cari lah tempat lain kan. Itulah pengalaman aku sewaktu di Langkawi buat kali pertama. Kalau tak percaya, korang cari la appartment ni, aku pon dah lupa kat mana.